Thursday, September 18, 2008

kenangan aku dan dia!!!!!


aku sgt gembira ari nie sbb ramai kwn2 aku masih syg kan aku...
skrg kwn2 aku ramai dah berjaya.....

oney dan zack adalah antara kwn2 aku yang dah berjaya fky(bkn lompat pagar) ke luar negara...
pokke dah berjaya dalam perniagaan di kat k.l...................
alin n aishah dah jadi warganegara malaysia kat indon (nie gerenti PATI).....
koga,kurt,nick dan pidut pokok dah berjaya p ke universiti yang bergelar APEX......

Dihari raya nie aku memohon seribu kemaafan kepada sahabat2 dan rakan taulan...
xkira la yang jauh atau yang dekat.......
yang aku dapat luahkan maaf zahir dan batin!!!!
raya nie datang la kat umah k.....

aku sangat berharap hidup aku sempurna dgn ketibaannya Si Dia kesisi aku...
aku dah berubah skrg,
aku harap Dia dpt menerimaku seadaanya....

Tuesday, September 16, 2008

MEMORI BUBUR LAMBUK

syukur ke hadrat ilahi kerana memberi pekuang kepada aku dalam menimba pengalaman dan ilmu di negeri org(johor)...
ramadhan byk memberi kenangan kepada aku.....
kenangan bersama kwn kat SAINA,KMPP dan UTHM byk mematangkan fikiran....

berpuasa kat johor xbyk bezanya dgn kedah....manisnya sentiasa ada kat mana2 (aku pose la)
namum begitu memori bubur lambuk ttp dalam ingatan....
walaupun aku di asrama satu ketika dahulu...
tapi bubur lambuk ttp menjadi hidangan utama berbuka....

rutin harian kat johor xbyk berbeza dgn kampung halaman...
tapi kalo di kedah pastinya setiap ari bazar pekan rabu menjadi tempat pertarungan memilih juadah...
yang pastinya kalo kat sana tentu air soya,kuih muih dan berbagai2 lagi memenuhi kalender puasa....
tapi kini semua 2 menjadi kenangan sahaja....

skrg nasi ambang dan pecal jer la santapan harian.....
kadang2 menitis air mata bila teringat kenangan nie.....

apa yang pasti,rasa rindu pada mak,ayah dan keluarga sanagt mendalam dan ini la harga yang aku kn bayar dalam menuntut ilmu....

aku xmalu nak kata yang bila kita dekat kita jarang menghargai ertikasih sayang.....

tetapi kini,jarak geografi memberikan aku hikmah dalam mengenal erti semua itu dalam hidup ini........

Monday, September 15, 2008

UTHM KORBAN 3 ekor lembu....

bersempena nuzul AL-QURAN di UTHM....
pihak masjid telah mengorbankan 3 ekor lembu sebagai santapan masa program (16 SEPT 2008)...
pelajar terpaksa bergotong royong dalam melapah dan memotong daging tersebut..
korang bygkan la dari pkl 1 sampai sahur...
asyik jer dgn daging dan tulang....

sahur pada 16 sept ditaja oleh pihak masjid......
apa lagi kepada sahabat2 yang berada di uthm...
sila2 la ke masjid mlm nie k...
kta memeriahkan majlis nuzul AL-QURAN

I miSh mY b@by

aku duk sorang jer dalam bilik sambil termenung...
aku asyik teringatkan adik aku @ baby...
dah la aku rapat dgn dia...
aku nak ja balik umah skrg....

dah la tiap2 kali lps berbuka posa mak gerenti telepon...
dia kata baby rindu kat abg...
bila bercakap dgn baby,
aku sebak.....terasa jauh jer aku dgn dia.....

B@BY TUNGGU ABG BALIK!!!!!!!!!

Sunday, September 14, 2008

kenangan terindah

aku masih teringat ttg kenangan dan pengalaman aku kat SAINA masa bulan puasa nie...
kenangan aku dan rakan2 menjual bermacam2 juadah berbuka puasa kepada pelajar masa form 4...
satay,murtabak,air soya,dadih da lain2 lagi.....
benda 2 dah wat aku rasa seronok dgn kwn2....
kami bergelak ketawa dan gembira buat semua 2....
tapi benda 2 dah tinggal kenangan jer......
aku rasa aku menyesal sbb aku xrakam n tangkap pic masa kenangan 2...
kalo sapa2 ada pic bagi la kat aku k....

Saturday, September 13, 2008

the new era in tsn

baru2 nie cafe tsn yang agak mahal tiba2 ditutup..
ini dapat dilihat dgn notis yg bertampal kat pintu..
dgr2 ada pelajar yang keracunan makanan..
2 la yang tutup...

aku rasa pihak atasan patut ambik tindakan yang tegas..
kalo x mcm mn nk mkn beb..
dah la cafe 2 ja yang ada kat tsn......

>>>tsn=kolej kediaman tun syed nasir(asrama laki jer)

Wednesday, September 10, 2008

rekod terbaru dlm sejarah




hari nie aku tido lewat..


dan pertama kali aku bgn pkl 3 ptg tanpa sebarang tanda tuk bgn..


aku sendiri terkejut..


nasib baik la ada satu kelas jer ari nie...




tapi kelas digantikan dgn mlm...'terbaik...


aku berbuka kat bilik jer,


nasib baik la assig. aku byk jgk yg akudah settle kan




esok pack jgk jadual aku...


tapi aku harap esok aku lbh baik dari ari nie


MEETING KELAB KEMBARA YANG PERTAMA DALAM BULAN PUASA

Aku penat giler ari nie...
aku kn uruskan hal ehwal kertas kerja kelab kembara...
nak berbuka puasa katakan...
ah la ddk kat HEP lama giler....

tapi ptg 2,xla rasa lama sgt....
malm nya ada meeting...

kata pkl 8.45,tapi yang datang hanya beberapa org jer...

aku xksh tapi lu pikir la sendiri k....

apa2 pun program nie akn berjln beberapa hari lg...
aku harap program nie berjaya...

Tuesday, September 9, 2008

@lmaK aku dah lewat arinie.....

alamak ari nie aku dah la ada kelas sampai pkl 5...
lab plak 2.....amar plk nk jumpa sbb kertas keje kelab....
dah la ada meeting plak esok......

aku berbuka pun mcm biasa
xsempat kat masjid....

tapi apa2 pun...
aku happy ari nie...
xsedar masa cpt sgt berlalu

Saturday, September 6, 2008

PENGALAMAN SEMALAM

Semalam aku berbuka kat bilik jer....
dah la penat dgn assg. yang tengah berlungguk dpn aku....
aku sendiri pun xtau knape la byk sgt....

aku berbuka dgn masi ambang,air anggur(buatan sendiri),murtabak , karipap....
aku agak kekok sbb jarang berbuka kat bilik nie...
tapi yang pasti aku rasa puas la berbuka smlm...

apa2 pun bazar kat parit raja mmg meriah...
siap jem lagi 2....
aku harap lepas nie blh la memperbesarkan jalan kat bazar 2...
bg senang ckit org nk klurmasuk...

Thursday, September 4, 2008

UTHM dimalukan????


aku dapat berita nie dari kwn2 aku...

agak memalukan la bila ada salah seorang staf UTHm nie

melakukan kesalahan yang memberi kesan mendalam kepadapelajar dan pensyarah...


kalo korang nak tau,dalam satu blog di blogspot nie

staf nie telah menggunakan satu perisian yang dapat menterjemah bahasa melayu kepada BI

tapi perisian nie menterjemah semua dan tatabahasa @ grammer dia agak lintang pukang dan salah...


aku sendiri pun terkejut apabila membaca kmen2 dan hujah2 yang diberikan...


agak memalukan......


aku malu kat semua sbb benda nie dah mencalarkan imej UTHM

apa nak jadi dgn malaysia nie part 2

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16783&Itemid=1

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob Tarmizi Mohd Jam
Wed Sep 03, 08 4:39:11 am MYT

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan '50 Tahun Kemerdekaan Negara' tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan 'Merdeka' oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM.
Iklan
Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...
CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.
Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?
Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.
Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.
Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu...
Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!
Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.
Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.
Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.
Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?
Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.
Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?
Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.
Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.
Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.
Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, 'jenayah' ini boleh dibetulkan?
Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.
Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.
Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah �merdeka� kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.
Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?
Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.
Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.
Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.
Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?
Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.
Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.
Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.
Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.
Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.

apa nak jadi dgn malaysia nie

Cina 'menumpang': Polis cari Ahmad

Sep 3, 08 2:56pm

Siasatan polis berhubung kenyataan yang didakwa berbau perkauman oleh ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Pulau Pinang akan disiapkan secepat mungkin, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Salleh Mat Rasid.

Polis akan mengambil keterangan Datuk Ahmad Ismail minggu ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyebut Cina sebagai penumpang di negara ini dan tidak seharusnya mengharapkan mereka mendapat layanan yang sama rata.

Salleh juga berkata selain Ahmad, polis akan mengambil keterangan saksi-saksi yeng terlibat bagi melengkapkan siasatan kes itu sepenuhnya.

"Kita akan merakam percakapan saksi-saksi yang terlibat termasuk Ahmad dalam minggu ini. Kita sudah jejaki Ahmad, beliau berada di negeri ini dan kita akan panggil beliau secepat mungkin.

"Kita harap kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan mainkan isu itu dan kita juga minta semua pihak jangan mainkan isu perkauman.

"Serahkan pada polis untuk menjalankan siasatan," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar hari ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu satu ceramah di Kampung Belah Dua dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas. Salleh berkata sehingga hari ini polis telah menerima lima laporan polis ari pelbagai pihak berhubung kenyataan Ahmad itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Aduan-aduan itu masing-masing dari balai-balai polis Bukit Mertajam, Datuk Keramat dan Jalan Pattani (Pulau Pinang), Tun HS Lee (Kuala Lumpur) dan Petaling Jaya.

Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi pihak Umno secara terbuka memohon maaf terhadap kenyataan itu danberharap orang bukan Melayu tidak terlalu terganggu dengan kenyataan Ahmad yang disifatkan Najib bersifat peribadi.

Najib berkata Majlis Tertinggi parti itu pada mesyuarat akan datang akan memutuskan "tindakan sesuai" terhadap ketua bahagian itu.

P3ruB@h@n beRL@kU




hari nie dgn tiba2....


aku berbuka kat bilik jer...


bkn xlarat tapi aku segan nk p masjid la ari nie...




dah la esok dgn kuiz mathnya...


bayangkan la assig. pun bersepah-sepah kat ats meja....




aku mcm besa mkn nasi lauk ikan jer...


air soya....




tapi masap bazar,kena perli lg 2...


iszz ckp knp xberbuka kat masjid jer....




tapi aku tgk byk kwn2 @ senior kelab kembara yang p bazar...


aku sendiri pun dah jadi rambang mata....


tapi nafsu kn kawal kan...




nie la nasi ambang yang aku ckp sblm nie...


berbuka puasa bersama kelab....

aku dapat berita ttg berbuka puasa nie dari kwn aku,aishah...
dia kn uruskn...
jadi aku kn tlg dia....

aku dah ttpkan ajk n semua yg terlibat dlm program nie....
aku dpt ajk protocol...
jadi aku sng la kan...

kalo sapa2 ada design kad raya yang menarik...
antar la kat aku....

Ramadhan MenJelma lag1

ramadhan menjelma lagi...
jadi tiket bas tuk balik ke kedah menjadi rebutan...

kat johor banyak gi;ler menu2 yang korang boleh try contohnya nasi ambang....

aku sendiri pun xpnh cuba lagi....

tapi berbuka puasa bagi taun nie aku nk berbuka kat masjid...
ada org kata tambah berkat walaupun org ingat sbb makan free....

apa2 pun selamat menyambut ramadhan kwn2 semua.....
semoga kita dapat mendalami n menghayati ramadhan nie dgn pnh ketaqwaan!!!!

picture kembara yong yap


view yang agak menarik disitu


low yang hensem n cool

puncak yang agak x-treme.....

ramainya......

dya,megat,mi, evone n aku...

daus bertindak sebagai abg guide


view di banjaran titiwangsa

puncak yong ap n puncak kayung

makanan yang agak mahal diatas puncak

jgn jatuh tau abg din

x-treme nya abg guide kta...




kta mkn dulu k....

hasnol,qem n ammar take 5

low,ammar n palee

puncak dinding...

view from yong yap





puncak pertama yang ditawan...

bergambar bersama guide....

sejuknya pagi nie....

atas 4wd menuju ke perkampungan org asli

sempat lagi issz bergambar sblm hiking

UTHM POWERACE '08

sebelum ke yong yap...
kelab aku kn urus powerace...
mcm explorerace la kata kan....

aku dpt check point last skali.....
check point susun puzzle...
mcm2 kerenah peserta aku kn hadapi...

dalam race nie peserta kn wat byk task antaranya
fear factor,puzzle,anyam ketupat,kuiz,kayak n wall climbing....

aktiviti nie best tapi aku rasa kurang sesuai la sbb
aku letih lagi...
baru balik yong yap katakan.....

KEMBARA YONG YAP part 2

Assalammualaikum..w.b.t.... & Salam Sejahtera... Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya kita telah berjaya melaksanakan program yang cukup mencabaran fizikal dan mental iaitu kembara tok nenek via yong yap...dgn berjayanya program ini maka sudah terlaksanalah objektif program ini iaitu untuk memberi pendedahan kepada para ajk kelab untuk menjadi pendaki gunung yang tegar disamping mengetahui cara untuk survive didalam hutan..tahniah kepada sume line-up..

Program : Kembara Gunung Tok Nenek, Bubu & Yong Yap
Lokasi : Cameron Highlands, Pahang - Lojing, Gua Musang, Kelantan
Tarikh : 17 - 21 Ogos 2008

Info Gunung : Gunung Tok Nenek (6,248') Nama 'Tok Nenek' pula dikatakan diberi oleh masyarakat orang asli tempatan yang mencetakan mitos Tok dan Nenek yang lari ke atas gunung membentuk formasi puncak berbatu. Satu puncak batu Tok dan satu lagi puncak batu Nenek. Tok Nenek kelihatan seperti kerusi dan meja apabila dilihat dari jauh. Puncak gunung ini berbatu keras, kecil terdedah pada tiupan angin. Pemandangan 360 darjah sekitar banjaran titiwangsa. Pendaki boleh ke gunung ini dengan melalui trail Transtitiwangsa V.2. Gunung ini berada diantara Gunung Kayong dan Gunung Junction. Pendakian dari puncak G. Kayong ke G. Tok Nenek mengambil masa kira-kira 1 jam setengah ke 2 jam.

Gunung Bubu (6,475') Terletak diantara Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap bagi trip kali ini. Perjalanan dari Kem Lopak (Last Water Point) mengambil masa lebih kurang 2 jam. Selepas itu akan melalui beberapa puncak tipu sebelum sampai di puncak Yong Yap.

Gunung Yong Yap (7,110') Gunung setinggi 7000' ini adalah salah satu gunung yang dipanggil G7. Puncak gunung ini memisahkan Mukim Nenggiri, Ulu Kelantan dengan Sg. Siput, Kuala Kangsar. Puncak ini ditandakan dengan batang besi. Kawasan kem site boleh memuat 20 orang.

Pengarah Program : Fahmee B Abdullah a.k.a Wong
Line-Up : 1. Dirik 2. Isstella 3. Evonne 4. Megat 5. Amar 6. Shazil 7. Kamil 8. Apai 9. Qem 10. Wong 11. Mie 12. Palee 13. EJa 14. Harun 15. Dhiya' 16. Frank 17. Aini Arif 18. Bambang 19. Kudut 20. Daus 21. Mior 22. Lily 23. Din season 24. Wantot 25. Jai 26. Mela 27. Low 28. Anis 29. Aserk 30. Mr.HasnoL (Pengawai)

Log Perjalanan : *
17. 08. 2008 (Ahad)
9.30mlm - Berkumpul di Dataran Anggerik (Setting Barang)
11.00mlm - Bertolak dr UTHM & Singgah di Jentayu *

18. 08. 2008 (Isnin)
6.30pagi - Kg. Raja, Cameron Highlands / Naik 4WD
7.50pagi - Post Broke (Kg. Orang Asli) / Starting Point (Sarapan & Packing)
9.00pagi - Start Treking
10.30pagi - Simpang Tok Nenek - Yong Yap
12.30t/h - Kem Rendang (Lunch)
3.00ptg - Take 5 tepi Sungai
5.30ptg - Last Water Point
6.30ptg - CP Turun Tali
7.10 mlm - Kem Dinding (Kem Site Group 3 & 4)
7.25mlm - Simpang ke Puncak Tok Nenek
7.40mlm - Puncak Kambing (Kem Site Gruop 1 & 2)
10.00 mlm - Masak, Makan, Pilow Talk & Tidur *

19. 08. 2008 (Selasa)
7.00pagi - Bangun, Masak, Sarapan & Packing
10.00pagi - Puncak Gunung Tok Nenek (Layan View / Sesi Bergambar)
11.00pagi - Start Treaking (Puncak Kambing)
12.00t/h - Puncak Kayong
1.30t/h - Kem Lopak / Last Water Point (Lunch)
4.00ptg - Puncak Bubu (Melalui beberapa puncak tipu)
6.00ptg - Simpang (Group Forward)
.10mlm - Puncak Gunung Yong Yap (Group Forward)
10.00mlm - Simpang (Group Sweeper)
1.00pagi - Puncak Gunung Yong Yap (Group Sweeper)
2.30pagi - Masak, Makan & Tidur *

20. 08. 2008 (Selasa)
7.30pagi - Bangun, Masak, Sarapan & Packing
9.00pagi - Start Treaking Turun (Group Qudis)
10.40pagi - Start Treaking Turun (Group Lelaki)
11.20pagi - Simpang
12.30t/h - Kem Sungai Y (Lunch / Pertemuan Sg. dr G.Yong Yap dan Sg. dr G.Berhek)
3.20ptg - Kem Agas
5.00ptg - Simpang Tok Nenek-Yong Yap (Selepas melalui 21x sungai)
6.40ptg - Starting Point / Post Broke
8.00mlm - Naik 4WD (Beli Tongkat Ali
10.30mlm - Brinchang (Makan, Tidur di Start Regency, Post Mortem & Tidur) *

21. 08. 2008 (Rabu)
9.00pagi - Bangun, Packing, Chek Out & Sarapan
1.00t/h - Naik Bas UTHM (Depan Balai Polis Brinchang)
3.20ptg - Air Terjun Hutan Lipur Sri Iskadar,Tapah (Ngeteh & Layan View Air Trejun) 11.00mlm - Sampai UTHM / Bersurai (Kuasa ku Dah Abis)

KEMBARA YONG YAP

G7 ADALAH GUNUNG YANG BERKETINGGIAN 700 KAKI DARI PARAS LAUT K...

aku dapat satu peluang keemasan dalam mengembara keseluruh malaysia...
yang terbaru adalah kembara tok nenek & yong yap....

aku dgr citer track dia agak ssh dgn pokok buluh merata2....
atas ketiadaan org,aku dpt melibatkan diri...
pelbagai benda kn sediakan...
beg(50 liter punya),sleeping beg,matress(abg din bg trs),first aid dll

aku kn byr rm60 siap dgn bj lagi 2....
yong yap nie terletak kat banjaran titiwangsa....
program nie akn berlangsung dari 17-22 ogos...

pegh...TEST 1...

agh....
test la plak.....
tension sial...
dah la direct 3 hari...
14-16 ogos....
mmg sakit...
tapi xpa...
kn aku dah usaha....

PICTURE KEMBARA MUDA



















KEMBARA MUDA UTHM '08

masa aku masuk kat UTHM...
xada apa yang aku jangka akn berlaku...
tapi tiba2 aku dapat jemputan utk jadi ajk masa aktiviti kelab kembara uthm yang pertama...
kembara muda uthm.....

aku kn jd ajk aktiviti...
aku kn uruskan aktiviti masa program nie...
program nie kat gunung angsi,ng 9...
aku kn bawa peserta 40 org..ajk 40...
mmg enjoy la masa pg...
mcm2 benda baru n lama kami kn tunjuk pada bdk2 baru kelab ....

tapi aku pasti nie la gunung yang tough jgk track dia...
sbb kat sini ada sirkit tuk nek gunung....

Wednesday, September 3, 2008

peluang kedua la...(TUHAN mmg pemurah)

aku dapat surat selepas dalam 4 bulan aku berkerja kat HSB...
aku dapat tawaran balik kat UTHM.....
aku dapat peluang nie ...
aku xkan sia2kan....

aku daftar 3-4 ari bln julai...
aku daftar n aku dapat hidayah tuk belajar btl2...
byk lecture yang bg semangat kat aku....

aku akan terus berusaha....

first time kerja kerajaan...

lepas aku kn tendang 2..
aku pun balik la rumah.....
mcm2 kn maki dgn bapak aku...
tapi aku xksh....

kwn2 aku suggest aku berkerja kat kedai makan...
sebab kedai mkn nie cpt masuk duit & mkn pun free...
aku pun mintak la keje kat kedai mkn Jln Dato Kumbar(restoran azizah)
aku berkerja sebagai tukang wat air jer...

dalam sebulan aku kerja,aku dapat pangkat baru...
tukang masak tapi masak bahagian mee goreng mamak n pasembor...
gaji pun up la ckit...
boleh la setakat aku nk lepas duit topup n muka moto baru aku...
tapi moto baru 2 aku bagi kat mak aku...

sebulan lepas 2,aku dapat tawaran kerje kat hospital sultamah bahiyah...
tapi aku kn temuduga la dl...
lepas...

aku kerja kat sana sebagai pembantu perawat kesihatan @ attandence...
kerje aku ikut waktu pejabat awalnya...
sbb aku berkerja kat bahagian fisioterapi...

masa nie la aku jumpa yazid,mak x-tion,mat zack,cikgu naim & teacher amani(semua kenangan dlm saina ).....
semua kirim salam kat korang yang kenal la kan...

aku kerja amat senang...
layan vvip,sultan n org awam yang sakit....
tapi yang paling penting
aku dapat kenal bidang perubatan secara terus bkn teori....

penangan pertama kat UTHM...

pertama skali aku wat blog nie disebabkan oleh arus masa yang moden...
dgn nie aku dpt la upload n melayan perasaan aku yang dah kecewa dgn kwn2 aku....

ok la...
masa taun lepas aku daftar kat UTHM @ kuittho...
aku xla happy sgt,sbb duk jauh dgn parent n adik aku...
pastu aku start kenal bdk2 kelab kembara yang happy n bertenaga...
aku pun masuk kelab nie n aku dah byk daki gunung sepanjang masuk kelab nie...
tapi malang x berbau,
aku kn tendang lepas 2....
sbab pointer aku rendah giler...

tapi ak teruskan jgk apa yang ptt aku wat...
mcm2 surat aku wat tuk daftar semula....